Pages

03 January 2013

Akuarium yang buat aku sejuk mata..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saja nak kongsi ilham untuk korang hias akuarium korang.. :)

Selamat tinggal kelisa putihku...

Balik kampung kat Johor baru2 ni p la survey kedai akuarium kat Rengit. Susah betul nak cari kedai akuarium tp terjumpe jugak akhirnye. Sambil tengok2 ikan tu ternampak anak ikan kelisa. Panjang dalam 4" je. Tanya tokey tu harga cuma RM25. So aku tak fikir panjang terus beli. Siap demand beg plastik besar sebab nak tampung sampai kl. Sampai kl terus buh dalam akuarium..Nampak sihat dan lincah. Beli anak ikan untuk habuan kelisa baru aku tu. X silap aku tarikh aku beli kelisa ni time krismas lepas. Lepas beli kelisa tu aku tambah lagi asset akuarium aku ngan anak ikan Flowerhorn..beli sekor je yang kecik..Harga pun RM25. Beli kat Setiawangsa. Hari2 tengok akuarium tu mcm makin menarik lak bile banyak ikan. So aku minta bini aku teman p cari lagi sekor anak ikan flowerhorn...Kali ni dapat yang besar skit dari yg sebelum ni. Harga pun RM25 gak..
Tapi keesokan harinya....hari ke-3 ikan kelisa aku..atau lebih tepat hari ajalnya sampai...sedih aku tgk kelisa tu mati..aku pun xperasan bila masa ikan tu mati..Punca sebab ape die mati aku pun xtau..tapi aku suspek anak ikan flowerhorn tu dah main kejar2 ngan kelisa aku..huhu...xpela..xde rezeki.. Tapi aku xpatah semangat nak teruskan membela ikan..Sekarang ikan2 flowerhorn aku nampak sihat dan mula membesar. Harap2 akan terus membesar.. Aku teruskan dengan ikan2 lain juga..terutamanya misi aku sekarang nak ternak guppy.. Nanti aku update lain blog ni.. Assalamualaikum.

Pengenalan Ikan Guppy

Kenal tak ini ikan ape? Inilah ikan Guppy atau nama saintificnye Poecilia reticulata juge dikenali sebagai (Million fish) merupakan salah satu ikan air tawar yang paling popular dibela sebagai ikan hiasan serta sebagai makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana. Ikan Guppy berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Caribbean. Ikan Guppy mula-mulanya telah diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamunk terutamanya nyamuk aedes. Ikan Guppy yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah , atau hitam (saiz antara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiz antara 2-7cm). Ikan Guppy jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan imunisasi terhadap infeksi bakteria merupakan salah satu punca kematian ikan Guppy.